MAKLUMAT ARAHAN CALON DI LAMAN UTAMA
SISTEM PENGAMBILAN PELAJAR (SPP)
ARAHAN BAGI CALON PROGRAM POS BASIK KEJURURAWATAN RENAL
Tarikh Buka Permohonan: 21 Julai 2025 (Isnin)
Tarikh Tutup Permohonan: 28 September 2025 (Ahad)
Tarikh Pendaftaran: 19 Januari 2026 (Isnin)
SYARAT KEMASUKAN:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dan Lulus mata pelajaran Sejarah (bagi calon SPM 2013 dan ke atas);
Mempunyai Sijil/ Diploma atau Ijazah Kejururawatan dari institusi yang diiktiraf;
Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia;
Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan terkini (APC); dan
Mempunyai pengalaman kerja di klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
Calon mestilah disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Klinik Kesihatan Pelajar Universiti/ Hospital Kerajaan/ Pusat Perubatan Universiti Malaya/ Pusat Perubatan Swasta bahawa sihat tubuh badan dan tiada masalah seperti berikut:
(i) Penyakit fizikal dan mental yang serius;
(ii) Penyakit berjangkit yang serius; atau
(iii) Kecacatan fizikal atau gangguan deria yang menghalang kelancaran dan kemahiran dalam melakukan perawatan kejururawatan.
CARA PERMOHONAN:
Sebarang pertanyaan lanjut / permasalahan yang timbul, pemohon boleh menghubungi pihak Kolej di talian dan e-mel seperti di bawah.
No. Telefon Pejabat*: 03-2028 7070 / 03-2028 7077/ 03-2028 7047 / 03-2028 7095 / 03-2028 7071 atau 03-2028 7012
E-mel: ksk@ummc.edu.my
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
*Beroperasi dari jam 09.00 pagi hingga 4:00 petang (Isnin - Jumaat KECUALI Hari Kelepasan AM).