SIJIL
Sijil Perawatan Renal

 

PERMOHONAN DITUTUP

DIPLOMA
Diploma Kejururawatan
Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Diploma Radiografi

 

PERMOHONAN DITUTUP

 

DIPLOMA LANJUTAN
Perawatan Kecemasan
Perawatan Kritikal
Perioperatif
Kebidanan

PERMOHONAN DITUTUP

ARAHAN BAGI CALON DIPLOMA LANJUTAN (PERMOHONAN DITUTUP)

Tarikh Tutup : 13 MAC 2022

Cara Permohonan :

i. Pemohon perlu membayar wang proses dengan memasukkan RM10.00 ke dalam akaun mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya/ No: Akaun 14171010003107 dan pemohon perlu mengemukakan bukti bayaran/ resit bank.

ii. Pemohon perlu mengimbas resit tersebut dan emelkan kepada zikry@ummc.edu.my bagi memperolehi no pin/ katalaluan. No pin/ katalaluan akan diemel kepada pemohon pada waktu bekerja sahaja.

iii. Setelah kata laluan diperolehi, pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam sistem spp.ummc.edu.my dan pemohon perlu mengisi borang dalam talian.

iv. Sijil yang telah disahkan BENAR perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan melalui talian:

                • Salinan Sijil /Transkrip /Diploma /Ijazah Kejururawatan

                • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

                • Salinan Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC)

                • Sijil Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)

v.Maklumat lanjut berkenaan Program yang ditawarkan boleh didapati di www.ummc.edu.my/cohes

Yuran Program (Setiap Calon) : RM12,000.00 : Diploma Lanjutan Kebidanan Sahaja

                                                   RM9,000.00 : Lain-lain Diploma Lanjutan

                                                   RM5,000.00 : Sijil

PERHATIAN : Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya

 

ARAHAN BAGI CALON DIPLOMA  (PERMOHONAN DITUTUP)

Tarikh Tutup : 30 Jun 2022 (Khamis)

Cara permohonan:

i.  Pemohon boleh membuat pembelian no. PIN ID PPUM berharga RM10.00 di Bank Simpanan Nasional mulai 25 April 2022 untuk mendaftar masuk ke dalam Sistem Pengambilan Pelajar spp.ummc.edu.my. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my.
 
ii. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna baru sebelum log masuk ke sistem spp.ummc.edu.my.
 
iii. Pemohon hendaklah memastikan borang permohonan secara online melalui http://spp.ummc.edu.my perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
 
iii. Sekiranya berlaku masalah teknikal semasa permohonan dibuat dalam sistem spp.ummc.edu.my, pemohon hendaklah mengemukakan isu yang berbangkit melalui emel kewpelajarksk@ummc.edu.my dengan menyatakan maklumat berikut:
  • Nama penuh (seperti dalam K/P)
  • No. Kad Pengenalan
  • No. Pin BSN
  • No. Telefon Bimbit

v. Maklumat lanjut berkenaan Program Diploma yang ditawarkan boleh didapati di www.ummc.edu.my/cohes.

PERHATIAN:
  • Hanya calon Diploma Kejururawatan yang akan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Panggilan temu duga boleh disemak dengan menggunakan no. ID PPUM melalui http://spp.ummc.edu.my.
  • Bagi calon Program Diploma Radiografi dan Program Diploma Teknologi Maklumat Perubatan tiada sesi temu duga.
NOTA:Sebarang maklumat tarikh temuduga bagi calon Diploma Kejururawatan dan tarikh pendaftaran kemasukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
 
PERINGATAN:
Pemohon yang telah mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Diploma  menggunakan keputusan percubaan Sjil Peperiksaan Malaysia (SPM) hendaklah mengemaskini keputusan peperiksaan tersebut dan memuatnaik Sijil/Slip Keputusan peperiksaan (SPM) yang sebenar.
 
Sekiranya pemohon menghadapi masalah untuk membuat pindaan, sila maklumkan kepada pihak Kolej di talian dan emel seperti di bawah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010
Dari jam 08:30 pagi hingga 5:00 petang (Isnin - Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am).

atau emel kewpelajarksk@ummc.edu.my

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.